alt text

Huawei Nova 2i

So the wait is finally over, Huawei Malaysia has officially launched the much teased Nova 2i in Malaysia today with the presence of Hannah Delisha as the new ambassador of the device. Priced for RM1299, the device will be available at all across Huawei Experience Stores, authorized dealers and display zones in Graphite Black, Prestige Gold and Aurora Blue on 13 October 2017. Customers who purchase on that day will receive an exclusive premium gift consisting of a selfie stick, a headphone and a smartphone ring holder worth RM499.

More News
alt text

iPhone in the news

With the Apple-designed A9 chip in your iPhone 6s or iPhone 6s Plus, you are getting the most advanced smartphone chip in the world. Every chip we ship meets Apple's highest standards for providing incredible performance and deliver great battery life, regardless of iPhone 6s capacity, color, or model.

More news
alt text

Manchester United di Malaysia

Pasukan Manchester dalam kerangka lawatan ke Timur sempena 'season break' bagi English Premier League pada tahun 2009.

Official ManUtd Website
alt text

Kanak-kanak hilang

Syukur akhirnya kanak-kanak yang hilang berjaya ditemui. Dua orang dari mereka selamat manakala seorang lagi belum ditemui.

Berita lanjut...
alt text

Pelaburan Emas

Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tak menentu, pelaburan emas antara mekanisma yang boleh diambil oleh orang ramai untuk mengekalkan nilai kekayaan masing-masing.

Maklumat Pelaburan Emas
alt text

Pantai Pangkalan Balak Melaka

Pantai Pangkalan Balak terletak di negeri bersejarah, Melaka dan amat terkenal di kalangan pelancong asing dan juga dalam negeri.

Mengenai Pantai Pangkalan Balak
alt text

Juara Piala Malaysia 2012

Kelantan bukan sahaja menjuara Piala Malaysia, malah mereka juga menjuara Liga Super sekaligus menjadaikan mereka juara berganda pada tahun itu.

Berita Lanjut
alt text

Kehilangan MH370

Pencarian MH370 merupakan antara pencaraian paling lama bagi sesebuah pesawat yang hilang.

MH370 tributes

Top Stories

Merokok sama seperti menghidu kentut lembu

  • Tuesday, December 12, 2017
  • by
  • Bunyinya agak kasar, namun begitulah iklan yang dikeluarkan oleh pegawai kesihatan negeri Washington, Amerika Syarikat.

    Kepada yang masih terikat dengan tabiat merokok ini, boleh lah mula belajar untuk meninggalkan ketagihan kepada tembakau ini.

    Moga kita diberikan kekuatan untuk meninggalkan tabiat yang kurang elok ini. Amin

    Read More...

    Maxis tingkatkan pelan data sebanyak 10GB

  • Thursday, December 7, 2017
  • by
  • Nampaknya perang data kembali lagi dengan Maxis menambah lagi 10GB data bagi semua plan Maxis ONE bermula dengan pelan 98. Bagi plan 98, pengguna akan diberikan 30GB data di mana ianya terbahagi kepada weekdays dan weekend. Pengguna diberikan pilihan untuk membatalkan pembahagian di atas dengan bayaran RM10 sebulan.

    Bagi plan 128 ke atas, tiada lagi pembahagian mengikut hari minggu. Pelan 128, 158 dan 158 akan memperolehi data sebanyak 40GB, 50GB dan 60GB.

    Semua pelan di atas beserta panggilan percuma tanpa had dan SMS.

    Read More...

    Samseng agama

  • Friday, December 1, 2017
  • by
  • Samseng Agama
    By Dean Kadeer

    Kalau ikutkan buku sejarah Islam,ada kisah jiran Nabi seorang wanita Yahudi yg asyik maki hamun nabi setiap hari dan baling sampah ke rumah nabi(lebih kurang).Tiba-tiba satu hari wanita ni senyap,dah tak kacau nabi.Nabi pun pelik,dia pergi cek rupanya wanita Yahudi ni sakit.Dia ziarah dan buat baik.Akhirnya wanita Yahudi tersebut insaf.Cerita ni popular.Tapi inti pati cerita ni tak bawak pengajaran kpd Melayu.Melayu cuma ikut sunnah makan kurma dan lilit serban.

    Ana ulang sekali lagi.Kalau ada orang maki Islam depan ana,ana rilex je.Ana ikut sunnah nabi.Hujahnya simple je,orang benci mesti ada sebab.Ana kena fikir apa sebab org tersebut maki ana.

    Tahun sebelum 80an,susah nak cari orang benci BN.Sebab masa tu maklumat susah dapat,Melayu terima saja apa yg di kata oleh BN.Kalau BN songlap duit pun takde sapa tahu.Sekarang BN asik kantoi,skandal berlambak-lambak,so memang ramai benci BN.

    Sama mcm Islam.Tahun sebelum 80an,Islam cuma ritual yg tak mengganggu hidup rakyat secara menyeluruh.Islam kekal sebagai hak eksklusif Melayu,diamalkan dlm bentuk yg tidak mengganggu sistem sekular.Takde sapa nak marah.Takde sapa nak benci.

    Sekarang ramai yg menyampah dengan Islam.Mereka bukan menyampah dengan agama,mereka menyampah dengan sikap orang Islam.Yang peliknya,orang Islam sendiri tak sedar diri.Jenis muka tak malu.Dah tau orang benci,selidiklah sebabnya.Tapi Melayu dah mmg bangsa sewel,kalau tak,takkanlah kena jajah sampai 5 kali.Mereka tak pernah belajar utk maju.

    Nabi dah tunjuk cara,bila orang benci,kita buat baik.Pendekatan sebegini sesuai dlm konteks kita orang Msia yg hidup satu negara(berjiran).Tapi mana ada Melayu faham.Bila Cina hon kereta tepi masjid,mereka datang pukul(kononnya memartabatkan Islam).Agama tak boleh jadi mulia kalau nak tunjuk samseng.Pendekatan kena bijak.Cakap berdegar-degar nak berdakwah dan Islam agama yg benar,tapi perangai mcm tahik.Orang kafir pun ada mata,ada telinga,mereka observe manusia bukan dgn hukum halal haram,tetapi dengan sikap.

    Memang ramai orang hina Islam dan benci Islam.Dalam facebook ada berjuta-juta orang hina Islam dan muslim.Apa yg muslim buat?Mereka buat perangai lebih teruk drp orang bukan Islam.Bagi mereka,"kita mesti tunjuk kuat,tunjuk benar dan tunjuk lebih beriman"."Kita mesti berhujah sampai menang"."Kita mesti tunjukkan pada badan ikan dan kambing ada tulisan ALLAH,supaya orang tahu Islam itu benar".

    Nabi dulu tak berhujah pun dengan manusia yg maki Islam.Bila wanita Yahudi sakit,beliau pergi ziarah walhal wanita tersebut hari-hari maki beliau.Abraham Lincoln yg jauh lebih bijak drp Melayu pun dah bagi pesan;
    "The best way to destroy an enemy is to make him a friend."

    Inilah yang Jabatan Agama dan muslim tak faham.Mereka ingat amalan samseng boleh buat orang hormatkan agama.Kalau mereka percaya mcm tu,Nabi dulu dah lama sumpah seranah wanita Yahudi tersebut.

    Atheist,Syiah,Wahabi,Kristian,Buddha,Hindu atau Quranist,semuanya rakyat Msia.Mereka bukan kabilah yg sedang mengumpulkan bala tentera untuk menyerang dan menyembelih umat Melayu Islam.So tak perlu jadi samseng kampung Dusun kononnya "inilah jihad menegakkan agama".Semakin samseng perangai Melayu dengan agamanya,makin ramai rakyat Msia yg benci dengan terma "Islam".

    Yang peliknya,semua bangsa-bangsa didunia yg pernah jadi empayar besar suatu masa dulu spt Jepun,Great Britain,Rome,Persian,mereka sombong apabila mereka kuat.Tapi Melayu,duduk rumah mcm sarang burung merpati pun nak sombong.Masih perasan yg hidup mereka dan segala amalan mereka sangat benar,suci lagi terjamin.

    BERTAUBATLAH MELAYU...











    Read More...

    Duit haram RM13.5 juta disimpan sehingga berlumut

  • Wednesday, November 29, 2017
  • by

  • Jabatan Imigresen Malaysia mendedahkan wang dirampas dalam Ops Gegar dimiliki sindiket pelacuran yang telah beroperasi selama lebih 10 tahun.

    Bayangkan ye, betapa duit menjadi faktor yang mampu membuatkan manusia sanggup melakukan segala yang mungkin walaupun benda tersebut salah disisi undang-undang mahu pun hukum agama.

    Kebanyakan wanita yang menjadi mangsa sindiket ini adalah warga China dan Filipina.
    Ikuti berita selanjutnya dalam surat khabar Kosmo bertarikh 29 November 2017.

    Read More...

    Keputusan peperiksaan UPSR tak perlu diumumkan di depan pelajar

  • Thursday, November 23, 2017
  • by
  • Saya terbaca sebaran poster kenyataan Dato Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau berpesan supaya pada hari keputusan UPSR diumumkan, tidak perlu diadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang 6A sedang ratusan calon murid UPSR lain hanya memerhatikan dengan perasaan diri mereka tidak dihargai.

    Betapa saya merasai pengalaman 'getir' itu sebelum ini. Bukan sebagai murid. Tetapi sebagai bapa.

    Pada hari itu, subuh lagi isteri sudah berpesan,
    "Abang, nanti jangan lupa datang sekolah. Zulfa ambil UPSR hari ni."

    Saya hanya angguk dan senyum. Mana mungkin saya lupa.
    Kali pertama dalam hidup anak sulung menerima keputusan peperiksaan besar.

    Pagi itu, saya ke pejabat dulu. Rakan sepejabat pelik melihat saya masih berlegar-legar di meja.
    "Encik Ammar tak pergi ambil result anak?"

    "Relakslah. Bukannya keputusan keluar terus. Menteri umum dulu, baru result boleh ambil."
    Terus menyambung kerja-kerja yang sedang menunggu.

    Henfon berpusing di meja diiringi deringan lagu lembut.
    "Abang, dah gerak dari ofis belum?"

    "Belum. Baru nak gerak." Sambil menolak kerusi merapat ke meja.

    "Result dah boleh tengok online. Tapi Ryn tak berani nak tengok. Kalau abang nak tengok, tengoklah. Tapi jangan beritahu Ryn."

    Lif dari tingkat 7 turun ke B1 hari itu terasa sangat perlahan. Jantung berdegup lain dari biasa. Detak dan berombak seperti berlari.

    Ya, saya gugup.

    Zulfa sederhana saja di sekolah. Dari darjah 1 hingga 6, sering juga berpindah kelas. Pernah merasai kelas tertinggi semasa darjah 5, tetapi turun ke kelas kedua untuk menghadapi UPSR.

    Tiada apa yang istimewa pada pencapaian. Jarang dia menerima anugerah akademik. Tetapi saya tidak boleh menyangkal seperkara. Dia anak rajin dan tak banyak soal. Diminta belajar, dia belajar. Diminta menolong kerja di rumah, dia menolong.

    Walaupun akademik sederhana, tidak pernah saya rasa mahu memarahi Zulfa.

    Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas KAFA, dia akan tertidur kepenatan di dalam kereta.
    Sampai saja di rumah, terus mandi dan menyelesaikan kerja-kerja sekolah tanpa disuruh.
    Tiba maghrib, dia berhenti solat sendiri.
    Selepas makan malam, sambung semula menyiapkan kerja sekolah.

    Ada hari, apabila tiada kerja sekolah, dia menilik jadual belajar di dinding dan terus membuat latihan dalam buku aktiviti. Tanpa suruh.

    Ada masa, dia minta saya mengajar apa yang sukar dia fahami. Tanpa sedar, kadang-kadang saya tertidur atas katilnya. "Abah, Zulfa nak tidur." Saya melihat jam dinding, pukul 12 malam.

    Hari minggu, dia selalu memujuk rayu minta untuk belajar di rumah kawan. Jika tidak diizin, monyok sepanjang hari.

    Bukan kami tak sokong, tetapi jarak rumah ke Putrajaya bukannya dekat. Rasanya, cukup setiap hari, abah mama berulang alik untuk kerja. Tidak betah rasanya hari minggu masih memandu jauh.

    Tapi rajuknya sebentar. Sedang kami leka, dia sudah di dalam bilik, belajar sendiri.

    Untuk anak yang begini, apa lagi mahu saya paksa.

    Lalu, fahami saja jika saya gugup pagi itu.

    Sebagai bapa, saya boleh menerima apa saja. Dengan usaha Zulfa, saya tidak menyesal apa-apa. Saya sudah melihat prosesnya. Hasilnya hanya bonus bagi saya.

    Tetapi dia. Bagaimana dia?

    Bukankah di mana-mana pun orang berkata, usaha tangga kejayaan. Mudah fahamnya, berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?

    Saya tinggalkan soalan itu begitu saja. Kerana berjaya itu luas tafsirannya.

    Lagipun, beberapa minggu sebelum itu, Zulfa pernah berbincang hati ke hati dengan saya. Dia sudah usaha, dia terima saja apa keputusannya. Ketika itu saya sudah lega. Harapnya apabila hari itu tiba, dia benar-benar kota apa dikata.

    Ikon Google Chrome di henfon saya sentuh dan biarkan 'loading'. Alamat url yang disebut isteri saya taipkan satu persatu. 'Enter'. Paparan telah tersedia. Masukkan no. IC dan angka giliran, keputusan dipaparkan.

    Lama saya duduk dalam kereta yang enjinnya telah dihidupkan. Sungguh saya tidak kecewa. Tidak. Saya sedang mencongak-congak bagaimana mahu berhadapan Zulfa. Apa yang saya lihat terpapar di skrin sudah saya redhakan. Sekarang ini, ayat apa mahu saya ucapkan nanti.

    "Abang, guru besar belum balik dari pejabat PPD untuk ambil keputusan. Tapi Ryn dengar 'result online' dah keluar. Abang dah tengok?"

    "Dah." Perlahan dan bergetar. Isteri, dari intonasi saja sudah terbaca di hati apa yang saya cuba sampaikan dari getar itu.

    "Allah bang..." Itu saja yang terungkap dari mulut isteri selepas saya didesak untuk memberitahu keputusannya. Aneh juga wanita bergelar ibu. Satu masa dia berpesan seperti tak mahu peduli. Tidak lama dia pula mendesak untuk mengetahui.

    Ketika itu, saya seperti baru memahami apa perasaan seorang doktor yang sudah tahu pesakitnya menghidap kanser tahap 4 dan didiagnos sukar untuk diubati lagi. Perasaan mahu mengkhabarkan berita itu, seperti pedih menoreh dada.

    Dari jauh, saya mendengar pengumuman nama anak-anak bertuah yang memperoleh 5A. Menaiki tangga menuju dataran sekolah, terhidang di hadapan saya deretan anak-anak yang sedang duduk beratur menunggu nama masing-masing dipanggil.

    Saya mencari kelibat Zulfa dan menangkap dia sedang bergelak ketawa mengusik rakan-rakan dalam barisan yang berada sedikit ke tengah.

    Dia sedang enak ketawa dan hati saya pula sedang mendung. Dia masih belum tahu keputusan, sedangkan saya masih gagal menemui kata terbaik mahu diungkapkan.

    Zulfa terpaling ke arah saya, melambai-lambai dan menunjukkan ibu jari tanda bagus. Itu keyakinan dia ketika itu.

    "Ya Allah, teruji sungguh hati ini hari ini." Saya hanya mampu bersandar pada dinding.

    Selepas menamatkan bercakap dengan ibu seorang pelajar, isteri datang merapati, "Bang, tengok Zulfa tu bang. Dia seronok lagi tu. Tak tahu apa. Kesiannya dia bang." Mata isteri mula berair.

    Saya memerhati Zulfa dari jauh. Kepalanya terdongak-dongak menanti namanya dipanggil. Sesekali dia bertanya kawan hadapan, nama siapa yang disebut apabila tidak dapat mendengar dengan jelas. Kawan sekeliling yang tadi ramai, sudah mula bangun seorang demi seorang meninggalkan dia. Yang dapat 4A sudah. Yang dapat 3A sudah. Sedang diumum mereka yang 2A. Dia mula gelisah.

    "Allah, Allah, Allah..." Itu saja mampu saya dalam hati. Kau takkan mampu untuk pandang wajah dia yang sedang menanti itu.

    Zulfa memandang saya dari tempat duduknya. Kali ini, pandangannya tidak seceria dan bercahaya seperti awal tadi. Dia seperti sudah mengagak sesuatu. Jika kau pernah lihat wajah anak yang sedang bersalah, itulah wajah Zulfa ketika itu. Cuma kali ini, dia tidak salah, dia tidak berbuat apa dosa pun. Dan itu yang menyebabkan airmata seorang ayah hampir tumpah.

    Sebaik saja slip peperiksaan bertukar tangan, barulah wajah putih tadi mula merah. Saya membiarkan saja dia memilih bahu siapa yang mahu dipinjam. Ternyata bahu yang diperlukan adalah ibu. Berlaku drama airmata yang kehilangan skrip. Tiada sebarang kata-kata, hanya pelukan penuh emosi hiba.

    Saya berjaya mengawal 'ego' seorang lelaki pada pagi itu hanya untuk menanti akhirnya airmata itu tumpah pada waktu berdoa selepas solat maghrib berjemaah.

    "Ya Allah, kami bersyukur dengan apa yang telah engkau rezekikan kepada kami ya Allah. Selepas segala usaha, jika ini yang kau berikan pada kami, penuhkan hati kami dengan rasa cukup ya Allah. Tidak ada kuasa yang mampu memberi bahagia melainkan engkau ya Allah.

    Tanpa dirancang, saya berpaling ke belakang dan menitipkan doa khusus untuk Zulfa ketika itu.

    Ya Allah, Zulfa sudah berusaha sebaiknya ya Allah. Dia sudah redha dengan hasil yang diperolehi ya Allah. Kau kuatkanlah hatinya ya Allah. Jangan kau padamkan api semangatnya yang mahu terus menimba ilmu-Mu ya Allah.

    Sesungguhnya, kami sangat LEMAH ya Allah.... "

    Sebut saja perkataan LEMAH, serentak itu juga, jatuh habis airmata yang dari pagi diempang. Saat itu, sebagai bapa, betapa saya sedar, sekalipun kau manusia boleh berusaha tanpa batas masa, menghimpun segala kepandaian manusia, merancang strategi 'pasti berjaya', apabila akhirnya Allah putuskan begitu, maka begitulah! Kau tidak akan berdaya. Kau selemah-lemah manusia.

    Lama saya terhenti. Jelas ada esak tangis juga di belakang saya. Ya, ego manusia jatuh. Mana lagi mahu meminta pertolongan jika bukan dari-Nya.
    Saya serahkan sepenuhnya urusan untung nasib persekolahan anak saya seterusnya pada Allah.
    Ketika itu, baru terasa betapa nikmatnya hati yang bulat sepenuhnya, lillahi taala.

    >>>

    Alhamdulillah... Selepas satu tahun, saya mula nampak mengapa Allah menyusun apa yang berlaku sedemikian rupa. Di sekolah menengah, Zulfa sangat berbeza dari dia yang saya kenal di sekolah rendah sebelum ini. Potensinya dicungkil dalam pelbagai bidang. Mendapat rakan-rakan sekolah yang bagus akhlak. Dia seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku tahun sebelumnya. Saya lega.

    Cukuplah sekali itu. Saya memang berharap keputusan peperiksaan tidak lagi diumumkan sedemikian rupa. Serahkan saja keputusan peperiksaan mengikut nama kepada anak murid dan biarkan mereka membaca sendiri keputusan mereka. Mana yang keputusannya cemerlang, sekolah boleh raikan dalam satu majlis khas buat mereka kemudian dari itu. Tidaklah murid lain yang menunggu terpinga-pinga.

    Tidak mahu lagi ada bapa atau ibu lain yang merasai apa yang saya rasa.

    Siapa rakan di KPM, sampaikan salam pada YB Menteri. Saranan beliau saya hargai.

    Ammar Kamilin
    Tidak kuat melihat anak-anak berduka.
    #copypaste

    Read More...

    JANGAN SERAHKAN MYKAD ANDA PADA BANGLA ATAU NEPAL

  • Sunday, November 19, 2017
  • by
  • *JANGAN SERAHKAN MYKAD ANDA PADA BANGLA ATAU NEPAL! RUJUK PEKELILING RASMI*

    *KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI*

    SURAT PEKELILING AGENSI PERSENDIRIAN BIL. 2 TAHUN 2007

    Semua Syarikat Kawalan Keselamatan,

    *LARANGAN MENYIMPAN KAD PENGENALAN DAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI PELAWAT OLEH PENGAWAL KESELAMATAN DI PREMIS-PREMIS PERSENDIRIAN*

    TUJUAN

    1. Tujuan Surat Pekeliling Agensi Persendirian Bil. 2/2007 ini adalah untuk memaklumkan kepada semua Syarikat Kawalan Keselamatan berkenaan garis panduan penyimpanan dokumen identiti pelawat yang memasuki premis seperti kondominium, kawasan perumahan dan komuniti berpagar di seluruh negara.

    LATAR BELAKANG

    2. Kementerian ini telah menerima laporan dan aduan daripada orang awam mengenai amalan syarikat kawalan keselamatan persendirian yang meminta dan menyimpan dokumen identiti seperti kad pengenalan, pasport dan lesen memandu milik para pelawat sebelum dibenarkan memasuki premis mereka. Amalan ini bertujuan untuk memastikan identiti semua pelawat yang masuk direkodkan dan dipantau demi keselamatan dan ketenteraman penduduk di premis berkenaan.

    3. Amalan ini dilakukan oleh syarikat kawalan keselamatan adalah berdasarkan kepada peraturan dalaman yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan premis tempat mereka bekerja atau pun pihak majikan. Terdapat aduan daripada orang awam yang tidak puas hati dengan amalan ini kerana ia boleh membawa kepada insiden tidak diingini seperti pencurian identiti dan pemalsuan dokumen.

    4. Berdasarkan aduan tersebut, Kementerian telah membuat semakan dari sudut perundangan sama ada amalan yang dibuat oleh syarikat kawalan keselamatan ini boleh diteruskan atau dihentikan. Terdapat dua (2) peruntukan undang-undang dalam Peraturan- Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990 [P.U. (A) 472/1990] yang menyentuh berkenaan dengan pengeluaran dan pemeriksaan dokumen identiti seperti kad pengenalan, pasport dan lesen memandu milik para pelawat iaitu sebagaimana yang berikut:

    *4.1 Peruntukan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990 memperuntukkan bahawa hanya seorang pegawai pendaftaran, pegawai polis, pegawai kastam, pegawai tentera atau pegawai lain yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Pengarah Pendaftaran sahaja yang dibenarkan untuk meminta dan memeriksa identiti seseorang dengan mengemukakan kad pengenalan*

    4.2 Di bawah Peraturan 8A memperuntukkan bahawa adalah menjadi suatu *Kesalahan Jenayah* bagi mana-mana orang selain dari pegawai-pegawai yang dinamakan di *Peraturan 7* untuk secara tidak munasabahnya menahan kad pengenalan milik orang lain.

    5. Berdasarkan peruntukan-peruntukan tersebut jelas menyatakan bahawa hanya pegawai yang diberi kuasa di bawah *Peraturan- Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990 sahaja boleh untuk meminta dan memeriksa dokumen identiti seseorang itu*

    Kesalahan juga dikenakan kepada mana-mana orang selain daripada pegawai- pegawai yang dinamakan dalam peraturan 7 untuk secara tidak munasabahnya menahan kad pengenalan milik orang lain. Oleh yang demikian, amalan pegawai keselamatan menyimpan kad pengenalan milik pelawat adalah bertentangan dengan peruntukan undang- undang.

    6. Sehubungan itu, Kementerian ini meminta semua syarikat kawalan keselamatan memberhentikan serta-merta amalan menyimpan dokumen sekuriti pelawat yang memasuki premis persendirian seperti kondominium dan komuniti berpagar seperti yang diamalkan. Syarikat kawalan keselamatan hanya boleh
    meminta dokumen identiti pelawat semata-mata bagi tujuan semakan dan rekod kemasukan ke premis dan kemudian mengembalikannya kepada pelawat selepas identiti mereka direkodkan.

    7. Selain daripada itu, semua syarikat kawalan keselamatan yang mengeluarkan peraturan dalaman untuk kawalan sesuatu premis kediaman awam hendaklah mengemukakan peraturan tersebut kepada Kementerian ini bagi tujuan semakan dan kelulusan sebelum sesuatu peraturan itu berkuat kuasa.

    KUASA-KUASA BERKAITAN

    8. Surat Pekeliling ini dikeluarkan selaras dengan Seksyen 18, Akta Ejensi Persendirian 1971 bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan persendirian.

    9. Kegagalan mematuhi Surat Pekeliling Agensi Persendirian Bil. 2 Tahun 2007 ini boleh menyebabkan syarikat dikenakan tindakan di bawah *Akta Ejensi Persendirian 1971*

    TARIKH KUAT KUASA

    *Surat Pekeliling Agensi Persendirian Bil. 2/2007 ini berkuat kuasa serta-merta mulai tarikh ia dikeluarkan*

    Sekian, terima kasih.

    *BERKHIDMAT UNTUK NEGARA*
    *KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA*
    Saya yang menurut perintah,

    *(TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD. YUSOF)*
    *Ketua Setiausaha*
    *Kementerian Keselamatan Dalam* Negeri
    Tarikh: 25 SEPTEMBER 2007

    Salinan Kepada :

    *Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM)*

    Nota: Imej ehsan dari Free Malaysia Today

    Read More...

    Followers